|
Latar Belakang Syarikat.
Smart Herbs memulakan perniagaannya sebagai agen pemasaran bermula dari bulan Mei 2007.
Smart Herbs telah menubuhkan Smart Herbs Manufacturing (NS0034545-V) untuk mengeluarkan
produk sendiri pada bulan Disember, 2007.
Di atas sambutan yang baik dari pengedar dan pengguna produk Smart Herbs,
maka Smart Herbs Sdn Bhd ( 802450 A) telah ditubuhkan dengan tujuan khas ia itu untuk bergerak
di dalam bidang PEMASARAN BERBILANG TINGKAT. Smart Herbs Sdn Bhd kini dalam rangka memperhebat
perkembangan syarikat untuk menjadi sebuah syarikat MLM yang berdaya saing bukan sekadar di Malaysia
bahkan di peringkat antarabangsa.
Smart Herbs menyediakan Pelan Pemasaran yang mudah di mana tidak ada had minima atau maksima bagi
jumlah ahli baru yang harus diperkenalkan oleh setiap ahli. Keahlian Smart Herbs adalah untuk se umur
hidup. Setiap pengiraan Bonus tidak menggunakan nilai PV atau BV tetapi dikira terus dari harga jualan.
Ini memudahkan ahli untuk memahami pelan pemasaran dan mengelakkan dari sebarang kekeliruan.
Target jualan yang rendah iaitu RM 44.00 sebulan membolehkan ahli terus aktif tanpa
sebarang tekanan. Ahli yang gagal mengekalkan Target jualan bulanan tidak akan mendapat
Bonus Rangkaian atau Bonus Pangkat akan tetapi ianya tidak akan kehilangan status keahliannya.
Bonus-bonus tersebut akan di bayar kembali sekiranya ahli tersebut kembali mengekalkan prestasi
jualan bulanan.
|