home
home
company
product
contact

    Syarat dan tata-cara penyertaan Smart Affiliate Partner bersama Smart Herbs.

      Sebelum menyertai Program Affiliate Smart Herbs, semua individu yang berminat mestilah terlebih dahulu membaca dan memahami dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat dan tata-cara penyertaan seperti yang tertulis di bawah ini:.

      1. Smart Herbs adalah sebuah entity perniagaan yang memasarkan produk minuman ringan yang berasaskan herba, dan beberapa produk harian keluaran IKS tempatan.
      2. Setiap individu tidak perlu membayar wang pelaburan untuk menyertai program ini. Dengan membeli 2 kotak kopi pada harga pasaran (RM 60.00), individu tersebut akan menjadi Smart Affiliate Partner dan mendapat satu akaun aktif di samping dapat membeli produk-produk lain pada harga Smart Partner. Tidak ada sebarang had untuk jumlah akaun aktif.
      3. Pihak Pengurusan berhak untuk membatalkan pendaftaran serta merta sekiranya ahli menggunakan maklumat palsu untuk pendaftaran, tidak mengikuti plan pemasaran yang ditetapkan oleh syarikat dan menjalankan plan pemasaran dengan tidak beretika.
      4. Setiap ahli akan mendapat sebuah web account peribadi secara percuma. Semua maklumat peribadi seperti penyata (Account History), e-Wallet dan lain-lain ada di dalam laman web tersebut dan boleh dimuat-turun. Penghantaran email SPAM adalah tidak dibenarkan
      5. Komisyen setiap bulan akan di bayar pada 15 haribulan pada bulan yang seterusnya berdasarkan kepada pengiraan yang di buat mengikut Plan Pemasaran Smart Herbs.
      6. Pembayaran komisyen bermula dari RM 75.00. Untuk komisyen di bawah RM 75.00, nilai tersebut akan dikumpulkan untuk dibayar pada bulan seterusnya. Caj RM 2 sekiranya menggunakan Maybank dan RM 3 sekiranya menggunakan bank yang lain dari Maybank.
      7. Smart Herbs melarang ahli dari membuat sebarang pengiklanan atau laman web yang menggunakan nama Smart Herbs tanpa kebenaran bertulis dari Smart Herbs.
      8. Pihak pengurusan Smart Herbs berhak untuk meminda atau menambah mana-mana syarat atau tatacara ini tanpa terlebih dahulu memberitahu ahli.

Copyright © Smartherbs4U Home | About Us | Product | Contact Us